IPOH, 10 September 2024: Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal telah menerima kunjungan dari KHTP KBIO ANALYTICAL Laboratory Sdn. Bhd., Kulim, Kedah, Tetamu dari KBIO ini diketuai oleh Pn. Husniyah Yahaya, Pegawai Eksekutif KBIO, Pn, Nur Affizzah Abdul Shaffi, En. Mohd Norhisyam Muhamad Daud dan Pn. Khait=run Nazurah Abdul Aziz.
Tujuan lawatan adalah bagi melawat kemudahan perkhidmatan dan mengumpul maklumat berkenaan analisa REE dan analisa air yang disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG, Ipoh.
Taklimat telah disampaikan oleh En. Fahami Abas, En. Mohd Fuzi Hashim, En. Mohd Zahar Ibrahim dan En. Noor Akhmar Kamaruddin.
Mereka telah dibawa melawat makmal analisis XRF/XRF, bilik penyediaan sampel, Makmal REE dan Makmal Air. Semoga lawatan ini memberikan manafaat kepada delegasi KBIO.