Sambutan Hari Inovasi JMG 2013

IPOH, 14 November 2013: Pada hari ini telah berlangsung sambutan Hari Inovasi JMG 2013. Program ini telah diadakan di Hotel Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, Perak.

Acara-acara yang dijalankan adalah termasuk Ucapan Pengerusi Penganjur (Dr. Kamal, Pengarah JMG Perak) dan Ucapan Ketua Pengarah JMG Malaysia (Dato' Yunus Abd. Razak), tayangan Video Inovasi JMG, Perasmian Statistik Lombong Kuari Atas Talian (ST@LK) dan Digital Library, persembahan Simfoni Seni oleh yang diketuai oleh Tn. Hj. Shahar Effendi Abdullah Azizi, Pengarah JMJ Johor, Penyampaian Sijil Perkhidmatan Lama dan penyampaian Hadiah Pertandingan Poster dan Foto Inovasi.

Peserta-peserta dari JMG negeri-negeri telah dijemput untuk menghadiri majlis ini yang berakhir pada waktu tengahari pada hari yang sama.

Written by : zahar