Sukan KSKBPT : Futsal

Ipoh 5 Dis 2012, acara kegemaran semua telah diadakan di padang futsal BPT dengan meriahnya. Pertandingan ini disertai oleh 4 pasukan iaitu Nilam Sari FC, Blues Nilam FC, Zamrud Worrior FC dan Zamrud Tiger FC. Acara ini dibuat secara liga dengan kiraan mata menentukan pemenang keseluruhan.

Setelah perlawanan berjalan dengan lancar, pasukan Zamrud Tiger FC telah mendapat 9 mata dari 3 perlawanan. Dan seterusnya memenangi acara tersebut. Pasukan Zamrud Tiger FC diwakili oleh En Fuzi, En Tajul Azwa, En Azizan, En Zabidi, dan En Saiful. 

Written by : zahar