Sukan NRE 2013

Pada 13 September 2013 telah berlangsung Perasmian Sukan NRE 2013, bertempat di Padang Universiti Putra Malaysia (UPM). Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar. Acara sukan kali ini berlangsung dari 13 hingga 15 September 2013 dan dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Seramai 113 peserta dari JMG seluruh negara telah mengambil bahagian dalam 13 acara daripada 23 acara keseluruhan.

Temasya sukan NRE kali ke-5 ini menyaksikan, JMG membawa pulang pingat perak dalam acara dart dan catur, manakala pingat gangsa dalam acara karom. Secara keseluruhan JMG berada di tangga ke-7 daripada keseluruhan agensi di bawah NRE.

Temasya sukan NRE kali ke-6 yang akan datang akan dianjurkan secara bersama di kalangan beberapa agensi di bawah NRE yang diketuai oleh JKPTG.

Majlis penutup sukan juga telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha NRE.

Written by : zahar