IPOH, 20 Oktober 2023: Telah di adakan sesi Perkongsian Ilmu secara mingguan kepada pegawai dan kakitangan baru di Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Program bertujuan mendedahkan mereka kepada mereka aktiviti sebenar yang terdapat di makmal BPT.
Program Perkongsian Ilmu: Pengurusan Sisa Kimia Berjadual (ESWIS)
Ipoh, 20.10.2023: Telah diadakan Program Perkongsian Ilmu mengenai Pengurusan Sisa Kimia Berjadual (ESWIS) yang telah disampaikan oleh En. Mohd Fahami Abas, Ketua Unit Batuan dan Air. Program bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta membantu untuk melengkapkan bilangan hari berkursus setahun untuk kakitangan makmal BPT. Peserta terdiri dari pegawai-pegawai dan kakitangan Cawangan Perkhidmatan Makmal, BPT.