MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI NRES

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI NRES
πŸ’ MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI NRESπŸ’ 
Β 
πŸ“ Dewan Alwy, FRIM Kepong
πŸ“† 24 April 2024
Β 
JMG telah turut sama terlibat dalam
sambutan hari raya Aidilfitri NRES pada hari ini.
Sambutan yang amat meriah ini dihadiri oleh semua warga NRES termasuk wakil jabatan dan agensi NRES.
Reruai-reruai pelbagai juadah bertemakan Raya Lestari oleh perbagai jabatan dan agensi di bawah NRES telah menyerikan majlis ini.
Reruai JMG menyediakan pebagai kuih tradisional dan mendapat sambutan yang hangat.
Majlis diserikan dengan kehadiran, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri NRES, YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha NRES, YBhg. Datuk Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG dan juga pengurusan tertinggi NRES serta para tetamu jemputan yang lain.

Sambutan Delegasi PPM yang menang pingat Emas Di Geneva

Sambutan Delegasi PPM yang menang pingat Emas Di Geneva
SEPANG, 24 April - Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli F.I.G.M bersama barisan pengurusan tertinggi JMG, diiringi oleh Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, YBrs. Dr. Nazwin bt Ahmad telah menyambut ketibaan delegasi PPM-JMG, Dr. Rohaya bt Othman dan Ts. Dr. Emee Marina bt Salleh yang tiba di KLIA pagi ini.
Turut hadir dalam acara sambutan ini ialah para pegawai dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak).
Β 
Delegasi PPM-JMG telah memenangi satu pingat Emas dan Anugerah Khas Juri di Pameran Rekacipta Antarabangsa Geneva Ke-49 di Palexpo, Geneva, Switzerland yang berlangsung pada 17-21 April yang lalu.

MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023

MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023
MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023
Β 
Port Dickson, 22 April 2024: Telah diadakan Mesyuarat Editor Laporan Tahunan JMG 2023 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Mesyuarat berlangsung dari 22 hingga 24 April 2024 dan di pengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifli Che Soh.
Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kandungan setiap chapter yang akan dimuatkan di dalam Laporan Tahunan 2023. Seramai 19 pegawai JMG negeri-negeri hadir membentangkan skop tugasan masing-masing.

Bye πŸ‘‹πŸ» bye πŸ‘‹πŸ» Tayo!! πŸ–πŸΌπŸ˜ƒβ€¦ banyak jasa Tayo kpd JMG

Bye πŸ‘‹πŸ» bye πŸ‘‹πŸ» Tayo!! πŸ–πŸΌπŸ˜ƒβ€¦ banyak jasa Tayo kpd JMG
Bye πŸ‘‹πŸ» bye πŸ‘‹πŸ» Tayo!! πŸ–πŸΌπŸ˜ƒβ€¦
Β 
Banyak jasa Tayo kpd JMG namun tiba masanya untuk berpisah dan dijaga oleh pemilik baru. Tayo tidak asing kepada warga JMG dan kepada warga yang selalu bersamanya, memang terasa… πŸ₯Ή
Pada 5/4/2024, Tayo yang merupakan bas JMG telah dilupuskan dengan kaedah jualan sisa secara sebutharga kepada Syarikat AMdas Metal Trading. Tayo yang berusia 17 tahun ini telah digunakan sepenuhnya oleh kakitangan JMG Malaysia namun ianya dilupuskan disebabkan uzur dan tidak ekonomi untuk dibaiki.
Β 
Antara yang hadir di lokasi bagi menyaksikan penyerahan bas ini adalah Pn. Norhayati binti Mohd Rawi (Pegawai Aset Jabatan), Pn. Najwa Binti Hood (Penolong Pegawai Tadbir), Pn Norzarina Binti Abdullah (Pembantu Tadbir) dan En Lokman Bin Marni (Pemandu Kenderaan).
Semoga Tayo baik-baik bersama pemilik barunya. Terima kasih Tayo!

MAJLIS SEKALUNG BUDI, SEUNTAI KASIH PERSARAAN PN. ZAITON BINTI WARI

MAJLIS SEKALUNG BUDI, SEUNTAI KASIH PERSARAAN PN. ZAITON BINTI WARI
MAJLIS SEKALUNG BUDI, SEUNTAI KASIHΒ PERSARAAN PN. ZAITON BINTI WARI
Β 
Jasamu Dikenang✨
Perpisahan sememangnya bukan mudah,
Namun sudah menjadi adat dan rencah kehidupan.
Β 
Pihak Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat JMG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas khidmat bakti Pn. Zaiton bin Wari yang telah bertugas sebagai penjawat awam selama 33 tahun dan 17 tahun bersama dengan keluarga Ekonomi Mineral JMG.
Setiap permulaan yang baru datang dari berakhirnya satu perjalanan yang lain.
Semoga kita akan bertemu lagi di lain rencana.
Walaupun jauh di mata, tetapi sentiasa dekat dihati❀️
SELAMAT BERSARA DAN TERIMA KASIH 😊

MESYUARAT POTENSI PEMBANGUNAN PERLOMBONGAN MINERAL DI MALAYSIA BERSAMA DELEGASI DARIPADA CHINA

MESYUARAT POTENSI PEMBANGUNAN PERLOMBONGAN MINERAL DI MALAYSIA BERSAMA DELEGASI DARIPADA CHINA
MESYUARAT POTENSI PEMBANGUNAN PERLOMBONGAN MINERAL DI MALAYSIA BERSAMA DELEGASI DARIPADA CHINA
Β 
PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 – Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan peluang dan potensi untuk pembangunan perlombongan mineral di Malaysia antara JMG dengan delegasi daripada China iaitu Guangxi Bureau of Geology & Mineral Prospecting & Exploitation, China. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tn Hj. Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG dan turut dihadiri oleh beberapa pegawai daripada Cawangan Ekonomi Mineral.
Β 
Taklimat potensi perlombongan mineral di Malaysia telah disampaikan oleh En. Yusari bin Basiran, Pengarah Ekonomi Mineral telah menarik minat delegasi dan pelabur-pelabur daripada China dan teruja dengan hasil kajian mineral yang telah dijalankan oleh JMG. Diharapkan pertemuan ini akan menjadi pemangkin pelaburan dan pertumbuhan industri mineral di Malaysia.

TAKLIMAT TENDER PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK (MST) KE ARAH PENGURUSAN SUMBER YANG MAMPAN

TAKLIMAT TENDER PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK (MST) KE ARAH PENGURUSAN SUMBER YANG MAMPAN
TAKLIMAT TENDER PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK (MST) KE ARAH PENGURUSAN SUMBER YANG MAMPAN
Β 
PUTRAJAYA, 22 Mac 2024 – Satu taklimat tender projek telah diadakan bagi Projek Kajian Potensi Mineral Strategik (MST) ke Arah Pengurusan Sumber yang Mampan iaitu bagi Komponen Mineral Berlogam (MBL) dan Komponen Mineral Perindustrian (MPI).
Projek ini akan dipecahkan kepada dua fasa. Fasa 1 memfokuskan kepada empat (4) negeri iaitu melibatkan Negeri Johor (RM6.5 juta), Perak (RM4.5 juta), Kedah (RM4.5 juta) dan Sabah (RM4.5 juta). Manakala untuk Fasa 2 akan melibatkan Negeri Kelantan dan Sarawak.
Β 
Objektif Projek MST ini adalah untuk menilai dan menentukan potensi sumber mineral strategik dan lain-lain di kawasan-kawasan anomali yang telah dikenal pasti dalam kajian terdahulu; mensempadankan kawasan berpotensi untuk diusahahasilkan sebagai kawasan yang perlu diberi keutamaan untuk pembangunan mineral; dan menyediakan data sumber mineral yang komprehensif, interaktif, lengkap dan bersepadu.
Β 
Semoga projek sumber mineral ini berjaya dilaksanakan dan dapat memberikan impak positif kepada pembangunan industri mineral negara.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU BAGI PENGANJURAN MESYUARAT TAHUNAN KE-60 DAN JAWATANKUASA PEMANDU KE-83 PROGRAM COORDINATING COMMITTEE FOR GEOSCIENCE PROGRAMMES IN EAST AND SOUTHEAST ASIA (CCOP) 2024

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU BAGI PENGANJURAN MESYUARAT TAHUNAN KE-60 DAN JAWATANKUASA PEMANDU KE-83 PROGRAM COORDINATING COMMITTEE FOR GEOSCIENCE PROGRAMMES IN EAST AND SOUTHEAST ASIA (CCOP) 2024
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU BAGI PENGANJURAN MESYUARAT TAHUNAN KE-60 DAN JAWATANKUASA PEMANDU KE-83 PROGRAM COORDINATING COMMITTEE FOR GEOSCIENCE PROGRAMMES IN EAST AND SOUTHEAST ASIA (CCOP) 2024
Β 
Mesyuarat telah berlangsung pada 18 Mac 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Garnet, Ibu Pejabat JMG Putrajaya yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, F.I.G.M., Ketua Pengarah JMG. Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato' Ir Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil (Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal) dan YBrs. Dr. Nazwin Ahmad (Pengarah Kanan, Pusat Penyelidikan Mineral).

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.3 TAHUN 2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.3 TAHUN 2024
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.3 TAHUN 2024
Β 
Auditorium JAKIM, Pusat Islam Putrajaya
14 Mac 2024 / 03 Ramadhan 1445
Β 
Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Bil.3 Tahun 2024 telah diadakan di Auditorium JAKIM, Pusat Islam Putrajaya.
Β 
Majlis telah disempurnakan dengan ucapan dan amanat oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Ketua Setiausaha NRES, Dr Ching Thoo a/l Kim turut memberikan aluan dalam majlis tersebut.
Β 
Turut hadir, YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri NRES, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) serta Ketua-Ketua Jabatan & Agensi dan Pegawai-pegawai kanan di bawah NRES.
Β 
Suatu slot bicara ilmu disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri bin Abdul Hamid, Pengarah Pengasas, International Institute of Science Diplomacy and Sustainability (IISDS) di UCSI University, Kuala Lumpur. Beliau telah berkongsi ilmu dan pandangan serta pengalaman dengan tajuk β€˜Pengembaraan Seorang Alamiah ke Dunia Lestari – Dari Lokal ke Global’ dengan mengupas tentang alam sekitar, khususnya kepelbagaian biologi, perubahan iklim, pencemaran plastic dan SDG.
Β 
Slot sketsa bertema NR-REE dan MyGEMS sebelum sesi peluncuran keduanya telah memeriahkan suasana dan menjadikan suatu kelainan dalam perhimpunan bulanan ini. Di samping itu, Pelan Strategik Board of Geologist (BOG) juga telah diluncurkan dalam perhimpunan ini.
Β 
Reruai pameran dengan tema merakyatkan bidang mineral dan geosains juga telah menarik para tetamu yang hadir. Antaranya ialah reruai bagi menganalisa batu permata oleh kakitangan JMG, pelancongan di Negeri Selangor oleh Tourism Selangor serta proses berkaitan perlombongan NR-REE oleh MCRE Berhad.

Lapor diri Pengarah Perancangan dan Pengurusan (PP), Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains

Lapor diri Pengarah Perancangan dan Pengurusan (PP), Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains
Selamat menjalankan tugas sebagai Pengarah Perancangan dan Pengurusan (PP), Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains yang baharu kepada Encik Mat Niza bin Abdul Rahman.
Β 
Encik Mat Niza telah melapor diri di Ibu Pejabat JMG pada 11 Mac 2024.
Β 
Seluruh warga Ibu Pejabat JMG ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas. Semoga dengan kepimpinan Encik Mat Niza, kecemerlangan Cawangan PP dan juga jabatan akan terus dipertingkatkan dan diperkukuhkan.