MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 7/2017 DAN MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MOHAMED HIZAM BIN ABD. KADIR

muka depan perhimpunan bulanan bil 72017

Johor Bahru, 24 September 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2017 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dan Majlis Perpisahan Encik Mohamed Hizam bin Abd. Kadir telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 7/2017 Majlis Perpisahan Encik Mohamed Hizam bin Abd. Kadir untuk rujukan dan makluman semua.

Baca selanjutnya

Hari Keluarga KSKK JMG Johor 2014

Melaka, 18 Januari 2014 -  Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) JMG Johor telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga KSKK JMG Johor 2014 bertempat di Bayou Lagoon Park Resort , Bukit Katil, Melaka pada 18 dan 19 Januari 2014. Seramai 112 orang kakitangan dan keluarga JMG Johor berkumpul sebagai satu keluarga besar bagi menjayakan hari keluarga ini. Pelbagai acara telah disusun agar semua warga JMG Johor dan keluarga dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara satu dengan yang lain. Tahniah kepada KSKK JMG Johor kerana telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga JMG Johor ini.

 

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 1435H / 2014M

Johor Bahru, 14 Januari 2014 – Pada hari Selasa bersamaan 12 Rabiulawal 1435H telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 1435H / 2014M di Masjid Sultan Abu Bakar.  Pengarah JMG Johor Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi bersama beberapa staf JMG Johor telah turut serta dalam majlis perarakan sempena sambutan tersebut. Perarakan telah dimulakan dari Perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim, Jalan Bukit Timbalan ke Masjid Sultan Abu Bakar melalui jalan-jalan Bandaraya.  Majlis sambutan diserikan lagi dengan keberangkatan tiba YAM Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.