TERENGGANU 9 Januari 2013, Pengarah dan kakitangan Unit Mineral Perindustrian, JMG Terengganu telah melakukan satu lawatan kerja ke kilang dan kuari batu dimensi milik PERMINT Mineral di Bukit Chetai, Hulu Terengganu. Pengeluaran utamanya adalah dari jenis Terengganu Green dan Sekayu White. Kilang pemotongan batu dimensi tersebut terletak di dalam kawasan pengkuarian sumber di mana bongkah batuan dikuari dihasilkan melalui kaedah pemotongan menggunakan diamond wire.
Penganugerahan Sijil Tamat Latihan Industri
TERENGGANU 8 Januari 2013, Majlis penyampian sijil penghargaan kepada pelajar latihan industri dari Universiti Teknologi Petronas telah diadakan di bilik pengarah JMG Terengganu. Dua pelajar di bawah kelolaan Prof. Madya Askury telah diterima dan berjaya mengikuti latihan selama 3 bulan di jabatan ini dengan jayanya. Pihak JMG Terengganu mengucapkan jutaan terimakasih di atas kerjasama yang diberikan dan selamat maju jaya.
UMT Meterai Perjanjian Dengan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia
KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada Selasa menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia bagi membolehkannya menjalankan lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi.
Naib Canselor UMT Prof Dr Ibrahim Komoo berkata MoU itu juga akan membolehkan program pertukaran siswazah, petugas sokongan dan pakar penyelidikan dalam beberapa bidang termasuk geologi, geofizik, proses pantai, oseanografi fizikal, kimia dan biologi.
Penemuan Sulung Gas Metana di Terengganu
Kuala Terengganu - Jabatan Mineral dan Geosains negeri Terengganu mengesahkan gas yang keluar dari telaga tiub di Kampung Padang Macang, Manir dekat sini adalah gas metana, sejenis bahan bakar yang banyak digunakan untuk memasak.