Ceramah Kesihatan:Kencing Manis Punca Hidup Menjadi Pahit

Satu ceramah kesihatan telah diadakan di JMG Terengganu pada 1 hb. April 2012 dengan kerjasama pihak Klinik Pakar Permakanan,  Diabetis,  Foot and Wound Centre. Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Ceramah yang disampaikan oleh Sister Adibah adalah berkenaan pentingnya aspek penjagaan kaki di samping mengetahui simptom penyakit kencing manis yang boleh dilihat pada kaki. Adalah diharap dengan adanya majlis ilmu seperti ini akan lebih memberi kesedaran kepada semua kakitangan tentang pentingnya gaya hidup sihat yang sepatutnya menjadi amalan seluruh warga JMG.

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

Satu majlis bacaan yaasin dan tahlil telah diadakan untuk Allahyarham En Yusof bin Ismail yang telah kembali kerahmatullah pada 28hb Disember yang lalu. Beliau pernah berkhidmat di JMG Terengganu sebagai Timbalan Pengarah Sumber Mineral dari tahun 2001 sehingga 2006. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman dan beramal soleh.. amin..

1 Million Purple Walk

Pada 17 Mac yang lalu,semperna hari wanita sedunia satu larian amal telah diadakan serentak di seluruh Malaysia. Kesemua kakitangan wanita JMG Terengganu turut menyertai program tersebut. Program bermula dari Pantai Batu Buruk ke Dataran Shahbandar sejauh kira-kira 2.5 km. Acara tersebut dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. YAB Menteri Besar dan barisan exco turut serta bersama 30,000 peserta dalam larian tersebut.

Lawatan Kerja Ke Kuari Dan Kilang Batu Dimensi Di Bukit Chetai, Hulu Terengganu

TERENGGANU 9 Januari 2013, Pengarah dan kakitangan Unit Mineral Perindustrian, JMG Terengganu telah melakukan satu lawatan kerja ke kilang dan kuari batu dimensi milik PERMINT Mineral di Bukit Chetai, Hulu Terengganu. Pengeluaran utamanya adalah dari  jenis Terengganu Green dan Sekayu White. Kilang pemotongan batu dimensi tersebut terletak di dalam kawasan pengkuarian sumber di mana bongkah batuan dikuari dihasilkan melalui kaedah pemotongan menggunakan diamond wire.

Penganugerahan Sijil Tamat Latihan Industri

TERENGGANU 8 Januari 2013, Majlis penyampian sijil penghargaan kepada pelajar latihan industri dari Universiti Teknologi Petronas telah diadakan di  bilik pengarah JMG Terengganu. Dua pelajar di bawah kelolaan Prof. Madya Askury telah diterima dan berjaya mengikuti latihan selama 3 bulan di jabatan ini dengan jayanya. Pihak JMG Terengganu mengucapkan jutaan terimakasih di atas kerjasama yang diberikan dan selamat maju jaya.