Satu ceramah kesihatan telah diadakan di JMG Terengganu pada 1 hb. April 2012 dengan kerjasama pihak Klinik Pakar Permakanan, Diabetis, Foot and Wound Centre. Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Ceramah yang disampaikan oleh Sister Adibah adalah berkenaan pentingnya aspek penjagaan kaki di samping mengetahui simptom penyakit kencing manis yang boleh dilihat pada kaki. Adalah diharap dengan adanya majlis ilmu seperti ini akan lebih memberi kesedaran kepada semua kakitangan tentang pentingnya gaya hidup sihat yang sepatutnya menjadi amalan seluruh warga JMG.