Pada 17 Mac yang lalu,semperna hari wanita sedunia satu larian amal telah diadakan serentak di seluruh Malaysia. Kesemua kakitangan wanita JMG Terengganu turut menyertai program tersebut. Program bermula dari Pantai Batu Buruk ke Dataran Shahbandar sejauh kira-kira 2.5 km. Acara tersebut dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. YAB Menteri Besar dan barisan exco turut serta bersama 30,000 peserta dalam larian tersebut.