KUNJUNGAN DARI PETRONAS DAN PERBINCANGAN BAGI MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA JMG-PETRONAS.

KUNJUNGAN DARI PETRONAS DAN PERBINCANGAN BAGI MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA JMG-PETRONAS.

KUNJUNGAN DARI PETRONAS DAN PERBINCANGAN BAGI MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA JMG-PETRONAS.

Suatu sesi perbincangan teknikal telah dijalankan dan kedua belah pihak telah berkongsi dasar, hala tuju, fokus dan beberapa perkembangan terkini masing masing dalam bidang pengurusan organisasi dan geosains.

 Pihak PETRONAS telah membentangkan Kajian tentang 'Shale Gas Study' yang memerlukan kerjasama daripada pihak JMG. Pihak JMG juga telah berkongsi kajian teknikal JMG yang sedang dijalankan yang mungkin boleh dijadikan sebahagian daripada modul kepada perkongsian pintar yang dicadangakan.

 Pertemuan adalah dalam suasana yang santai namun beberapa langkah awal bagi kerjasama telah dirangka.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA TAHUN 2023 (PTM JMG 2023)

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA TAHUN 2023 (PTM JMG 2023)
Unit Pembangunan Modal Insan (PMI) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang menganjurkan PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA TAHUN 2023 (PTM JMG 2023) pada 10 hingga 18 Julai 2023 bertempat di Tower Regency Hotel, Ipoh, Perak.
Semoga diakhir program ini para peserta dapat mengetahui konsep kenegaraan dan Perkhidmatan Awam; tanggungjawab dan peranan Pegawai Awam; membudayakan kerja kelas pertama dan mengenali sejarah, tugas teras serta fungsi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Sesi Pemindahan Teknologi (Training of Trainers - TOT) Projek Pembangunan MINGEOGIS

Sesi Pemindahan Teknologi (Training of Trainers - TOT) Projek Pembangunan MINGEOGIS
Sesi Pemindahan Teknologi (Training of Trainers -TOT) Projek Pembangunan MINGEOGIS sedang dijalankan pada 10 hingga 14 Julai 2023.
Seramai 15 orang kakitangan JMG menghadiri program ini yang bertujuan untuk memberi latihan kepada peserta bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan dan pentadbiran sistem yang telah dibangunkan.
Peserta akan turut diberikan pendedahan kepada elemen konfigurasi sistem, pangkalan data dan pembangunan aplikasi.