Ceramah Agama Di JMG NSM

Pada 14 Jun 2013 yang lepas, satu Ceramah Agama telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG NSM. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri bin Dewa dari Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.

Antara pengisian yang telah disampaikan oleh beliau adalah :-

- Semua orang hendaklah menjaga hubungan yang baik sesama manusia.

- Hendaklah memperuntukkan masa untuk menghadiri majlis ilmu.

- Sentiasa mengingati mati.

- Anak yang berjaya adalah anak yang menjaga hubungan dengan Tuhan.

- Untuk menjadi tenang, kita hendaklah bersangka baik dengan semua orang dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

- Memperuntukkan masa untuk membaca Al-Quran.

- Menghormati dan menyayangi ibu bapa.

- Berusaha untuk solat Dhuha, kerana sesiapa yang bersolat Dhuha akan dipermudahkan urusannya.

- Bekerja dengan ikhlas kerana Allah, kerana sesiapa yang ikhlas dan suka membantu akan diberi ganjaran.

Written by : norhayati_mr