SEREMBAN, 3 DISEMBER 2019 - Lawatan kunjungan hormat dari Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang diketuai oleh En Farhan bin Abdul Rahim (Setiusaha MPJ) bersama Tn Hj Zainuddin Samad (Pengarah Jabatan Kejuruteraan) telah diadakan pada pagi ini di pejabat Pengarah JMG NSM.
Majlis Pelancaran Kotak AKRAB Prihatin
SEREMBAN, 2 Disember 2019 - JMG NSM dengan kerjasama AKRAB JMG NSM telah menganjurkan satu program Jom Derma 2019. Program dengan slogan Semurni Jiwa & Kasih ; Anda Menyumbang, Kami Menyalurkan adalah bertujuan untuk mengumpul sumbangan untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan. Antara sumbangan yang diperlukan adalah seperti beras, gula, tepung gandum dan sebagainya.
Program Kembara Alam Sekitar
JELEBU, NEGERI SEMBILAN (12 November 2019) - Program Kembara Alam Sekitar dan Lawatan Ke Geotapak Pasoh di Daerah Jelebu telah diadakan pada hari ini. Program yang bertujuan untuk memperkenalkan khazanah geologi di Gua Pelangi dan Gua Tirai ini telah menarik perhatian pengunjung yang terdiri dari guru-guru dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Simpang Durian. Selain daripada itu, turut hadir ke pameran ini adalah pengkaji dan penduduk sekitar Pasoh.
Sambutan Hari Inovasi JMG NSM
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, 31 Oktober 2019 - Sambutan Hari Inovasi peringkat JMG NSM telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 2019 yang lalu di Taman Tasik Seremban dan Bilik Mesyuarat Jurassic JMG NSM. Pelbagai acara telah dipertandingkan dan telah disertai oleh semua warga JMG NSM. Pertandingan yang diadakan selama dua hari ini telah mencabar minda dan menguji kesepakatan di dalam setiap kumpulan. Bagi menjayakan pertandingan ini, kesemua kakitangan telah dibahagikan kepada empat kumpulan.
Majlis Pecah Tanah Institute of NeuroScience
PEDAS, REMBAU (1 November 2019) - Satu Majlis Pecah Tanah Institute of NeuroScience telah berlangsung di Lot 3578, Jalan Tampin - Pedas, Negeri Sembilan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.