Pameran Sempena Persidangan Pentadbir Tanah Ke-20

Melaka, 30 September 2013 - JMG Negeri Sembilan dan Melaka bersama JMG Ibu Pejabat telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Persidangan Pentadbir Tanah ke-20 anjuran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian ( JKPTG ) yang bertempat di Hotel Holiday Inn, Melaka. Program yang telah berlangsung selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung. Selain daripada JMG, terdapat beberapa jabatan lain yang telah turut serta dalam pameran tersebut, antaranya adalah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ( JPSM ), Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah Melaka, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) dan JKPTG. Sambutan dari semua pihak terutamanya pihak hotel, penganjur dan peserta persidangan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Written by : norhayati_mr