Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Bagan Datuk

Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Bagan Datuk

Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Bagan Datuk yang dipengerusikan oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, YAB Timbalan Perdana Menteri di Wisma UMNO Bahagian Bagan Datuk pada 27 Februari 2018.KP JMG telah membuat pembentangan mengenai Projek Pembangunan Air Bawah Tanah di Bagan Datuk. YAB TPM menyambut baik projek perintis air bawah tanah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) sepertimana pembentangan.

YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM) memohon supaya pihak Lembaga Air Perak (LAP) berbincang dengan lebih lanjut dengan JMG supaya air bawah tanah dapat dimanafaatkan terutama kepada penduduk di sini semasa waktu puncak. KP JMG telah memaklumkan kepada YAB TPM bahawa telaga tiub kedua akan dibina di dalam kawasan elevated water reservoir LAP berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Bagan Datuk sepertimana permintaan LAP. Disamping itu pihak JMG juga bercadang untuk membina satu lagi telaga eksplorasi di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) di bawah projek pembangunan Pemetaan Hidrogeologi dan Pembangunan Air Tanah di Perak. 

Sejurus selesai makan tengahari dengan YAB TPM dan ahli-ahli mesyuarat telah membawa En. Badurunhisam bin Mohd. Nor, SUB (K) NRE melawat ke tapak projek air bawah tanah di SABDA. Luahan air di sini ialah 65,000 gelen/jam atau 6.96 juta liter/hari. Pihak JMG Perak telah membuat persediaan untuk menyambut lawatan YAB TPM di sini tetapi beliau telah menangguhkan ke suatu tarikh lain.

Written by : razali