Mesyuarat Core Group Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi Bil 1.2020

Mesyuarat Core Group Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi Bil 1.2020

Unit Perancangan Geosains JMG Ibupejabat dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa (JK) Teknikal Core Group Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi Bil 1/2020 yang dijalankan secara hybrid (fizikal dan atas talian) dipengerusikan oleh Pengarah Perancangan dan Pengurusan JMG dari 14 – 15 Julai 2020 bertempat di JMG Perak Ipoh.

Bersempena dengan mesyuarat ini, satu sesi libat-urus telah diadakan antara JK Core Group (JMG) – Institut Geologi Malaysia (IGM)- Persatuan Geologi Malaysia (GSM) mengupasi isu dan halatuju disiplin kejuruteraan dari perspektif pengamal professional dan industri.

Di samping itu, pada hari ke 2 Sesi Taklimat SME dan Kompetensi Bersama Timb. Pengarah Bahagian Modal Insan (BMI) JMG dan Mesyuarat Koordinasi Pemantauan Cerun Berisiko Bil 2/2020 yang dipengerusikan oleh Pengerusi JK Core Group telah diadakan dengan jayanya.

Written by : shafiqfarhan