Johor Bahru, 11 Februari 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Fairee b. Omar, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Abdul Manaf b. Hanafiah dan pembaca ikrar oleh En. Md Aris b. Md Esa. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.