Kulai, 30 Januari 2019 - Satu Peperiksaan Pembedil Amali Bil 1/2019 telah dijalankan di Kuari Saroma baru-baru ini dengan kerjasama pihak kuari dan Polis Diraja Malaysia. Seramai 5 orang calon telah menduduki peperiksaan ini termasuk seorang calon dari JMG Johor, En. Sivalingam A/L Krishnan.
Peperiksaan yang dikendalikan Unit Pembangunan Lombong dan Kuari JMG Johor ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi lesen kepada pembedil-pembedil dalam kerja peletupan lombong dan kuari. Seramai 4 orang panel telah dijemput untuk menilai calon-calon yang menduduki peperiksaan amali termasuk seorang dari Bukit Aman dan IPK Johor. Peperiksaan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari dimana sehari sebelum peperiksaan amali dijalankan, calon-calon telah ditemuduga di pejabat JMG Johor berkaitan pemahaman dalam kerja-kerja peletupan.
Sumbangan artikel : En. Asrul Sani bin Abdullah
http://blog.jmg.gov.my/ibu-pejabat/peperiksaan-pembedil-amali-bil-1-2019#sigProId846c877551