Mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua.
Bangunan Perdana Putra, Putrajaya
08 Mei 2023
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAB Datoβ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri.
Antara perkara yang dibincangkan ialah pembangunan dalam industri mineral negara dari peringkat huluan, pertengahan hingga ke hiliran.
Mesyuarat juga membincangkan isu-isu berkaitan perlombongan yang perlu ditangani segera dan bersetuju agar Dasar Mineral Negara akan dibangunkan dengan segera.
JMG telah membentangkan beberapa kertas pertimbangan dan kertas pemakluman serta memberikan input-input teknikal dalam mesyuarat ini.
Kertas-kertas yang dibentangkan menyentuh mengenai beberapa dasar penting dan operasi berkaitan sektor
mineral iaitu :
Prosedur operasi standard perlombongan NR-REE di Malaysia
Penyediaan dan perakuan laporan cadangan penjelajahan oleh ahli professional yang berkelayakan
Laporan pengauditan projek perintis NR-REE di Negeri Perak
Cadangan langkah peningkatan pelaburan ke dalam sektor mineral negara
Hasil penilaian potensi sumber mineral negara dalam Rancangan Malaysia Ke-11
Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan sektor mineral dan perlombongan.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Menteri-Menteri Persekutuan, Menteri-Menteri Besar, wakil Premier Sarawak dan wakil Menteri-Menteri Besar dan wakil Ketua-Ketua Menteri.
Syabas kepada team JMG dan NRECC !