Kunjungan dari Energy Commission of Sabah (ECoS) dan perbincangan berkaitan mineral dan geosains di Negeri Sabah

πŸ“ Ibu Pejabat JMG
πŸ“† 11 Januari 2024
Pihak JMG telah memberikan taklimat berkaitan latarbelakang jabatan, sumber mineral dan data geosains serta penggunaan aplikasi MyGEMS yang dibangunkan oleh JMG bagi mendapatkan data mineral dan geosains oleh orang awam.
Suatu sesi taklimat juga telah diberikan oleh ECoS kepada JMG tentang latarbelakangnya serta perbincangan dula hala telah dijalankan.
Sebagai makluman, ECoS merupakan satu badan berkanun baru di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab ke atas kuasa kawal selia sektor tenaga di Negeri Sabah, dan akan mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik di Sabah.
Semoga hubungan yang terjalin ini akan dimanfaatkan bagi pembangunan Negeri Sabah terutamanya dalam perkembangan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy).

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my