Kunjungan Hormat Japan Water Forum kepada Ketua Pengarah JMG Malaysia

Kunjungan Hormat Japan Water Forum kepada Ketua Pengarah JMG Malaysia
Kunjungan Hormat Japan Water Forum kepada Ketua Pengarah JMG Malaysia
 
📍 Ibu Pejabat JMG, Putrajaya
⏰ 16 Januari 2024
 
YBhg. Datuk P.Geol. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG telah menerima kunjungan hormat dari pihak Japan Water Forum (JWF) yang terdiri daripada pakar-pakar berkaitan air bawah tanah dan air permukaan.
 
Sebagai makluman JWF berfungsi sebagai agensi perhubungan Negara Jepun bagi pelbagai program kerjasama antara pihak berkepentingan air di Jepun dan di luar negara. Antara kerjasama yang dijalankan oleh JWF ialah kerjasama antara agensi-agensi di bawah PBB, organisasi antarabangsa, pihak kerajaan dan swasta di pelbagai negara, penyelidik dan NGO.
Dalam pertemuan ini, perbincangan teknikal telah dijalankan mengkhususkan potensi eksplorasi, penggunaan dan pengurusan sumber air bawah tanah di beberapa kawasan di Malaysia.
 
Perkongsian teknikal dan pertukaran pendapat seumpama ini pastinya akan memajukan lagi perkembangan air bawah tanah di negara ini.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my