Kunjungan Hormat konsultan Rideau Potomac Strategy Group (RPSG), Kanada kepada Ketua Pengarah JMG Malaysia

📍 Ibu Pejabat JMG, Putrajaya
⏰ 15 Januari 2024
 
YBhg. Datuk Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG telah menerima kunjungan hormat dari pihak RPSG yang terdiri daripada En. Eric Miller, President Rideau Potomac Strategy Group dan En. Mark Camilleri, peguam dan pembuat undang-undang bagi sektor perlombongan di Kanada yang berpusat Brussels.
Perbincangan berkaitan ‘Promoting Sustainable Mining Practices in Malaysia’ telah dijalankan dengan santai di bilik Ketua Pengarah JMG.
Sebagai makluman, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui BMG dan JMG dengan kerjasama MITI dan Global Affair Canada (GAC) telah mengemukakan permohonan pada tahun 2022 kepada ‘Canadian Expert Deployment Mechanism’ (EDM) untuk program ‘Expert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM), The Technical Assistance (TA) to Promote Sustainable Mining Practices In Malaysia’ bagi sektor perlombongan.
Semoga hubungan antara kedua belah pihak ini akan membuahkan perkembangan yang sihat ke arah kemajuan sektor perlombongan di Malaysia.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my