Mersing, 30 Ogos 2016 - Unit Sumber Mineral Jabatan Mineral dan Geosains Johor telah merangka satu kursus persampelan geokimia untuk pelajar industri dan kakitangan bukan teknikal yang bertujuan memberi pendedahan tentang kerja-kerja yang dijalankan oleh unit ini. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar latihan industri untuk merasai sendiri pengalaman bekerja di lapangan.
Kursus persampelan geokimia tersebut telah dijalankan di Gunung Arong, Mersing yang disertai oleh 3 orang pelajar latihan industri dan 2 orang kakitangan bukan teknikal.
Pihak Unit Sumber Mineral JMG Johor berharap program yang dirangka ini dapat memberi pengalaman dan pengetahuan yang berharga kepada semua peserta seterusnya membuka minda peserta berkenaan keunikan bidang Geologi.
http://blog.jmg.gov.my/ibu-pejabat/kursus-persampelan-geokimia-untuk-pelajar-industri-dan-kakitangan-bukan-teknikal-jmg-johor#sigProIde6b825dba4