Lawatan Delegasi China Geological Survey (CGS) ke Ibu Pejabat JMG

Lawatan Delegasi China Geological Survey (CGS) ke Ibu Pejabat JMG

Pada 11 November 2016, Jabatan telah menerima kunjungan rasmi delegasi China Geological Survey (CGS). Wakil CGS adalah terdiri daripada Dr. Liu Dawen (Division of International Programs, Dept. of Sci. & Tech. and International Cooperation), Dr. Lin Fangcheng (Department of Science and Technology and Foreign Affairs) dan Prof. Cheng Yan Pei (Institute of Hydrogeology and Environment Geology).

Pertemuan telah diadakan di Bilik Nilam, Ibu Pejabat JMG dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah dan dihadiri wakil-wakil daripada Cawangan Pengurusan Maklumat, Unit Perancangan dan Pemantauan Pembangunan dan Unit Perhubungan Awam dan Perundingan.

Written by : shafiqfarhan