Johor Bahru, 21 April 2017 - Seramai 25 orang pegawai Jabatan Mineral dan Geosains telah turut serta dalam program lawatan kerja ke Forest City bersempena dengan Mesyuarat Pengarah-Pengarah JMG Negeri di KSL Hotel & Resort Johor Bahru.
Forest City dipilih sebagai lokasi kerana projek mega ini adalah sangat signifikan dengan pembangunan pesat yang sedang rancak berjalan di Negeri Johor sekarang khususnya dan Malaysia amnya.
Ironinya, projek mega Forest City iaitu sebuah bandar pintar dan model kehidupan masa depan adalah pelengkap kepada pembangunan Iskandar Malaysia.
Pihak Jabatan amat bertuah kerana lawatan ini telah mendapat kerjasama dari Pihak Berkuasa Tempatan yang mengawalselia pembangunannya iaitu Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT). Pn Zarina Abd Hamid, Ketua Jabatan Perancangan dan Pembangunan bersama dengan tiga pegawai perancang MPJBT lain telah turut serta dalam lawatan ini.
Taklimat khusus berkenaan pembangunan Forest City telah disampaikan oleh En Shanmugapathy, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan dan Pembangunan Forest City Country Garden Pacificview dan Pn Izzatul Nadilah Idrus, Pengurus Jualan dan Pemasaran.
http://blog.jmg.gov.my/ibu-pejabat/lawatan-pengarah-pengarah-jmg-negeri-ke-forest-city-johor#sigProIdece73d843f