Majlis Makan Malam Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP) & Majlis Persaraan Staf JMG Ibu Pejabat 2013

Pada 6hb Julai 2013 baru-baru ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP) dengan jayanya telah menganjurkan Majlis Makan Malam Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP) & Majlis Persaraan Staf JMG Ibu Pejabat 2013 bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Tema pakaian pada kali ini adalah 'Color Block' dan rata-rata kakitangan yang hadir bersama isteri dan anak-anak menampilkan penampilan yang amat menarik dan mengikuti tema fesyen terkini. Syabas!

Tahniah kepada pihak penganjur kerana di atas usaha dan kerjasama yang erat, majlis tersebut berjalan dengan meriah dan mendapat penglibatan yang amat menggalakkan daripada semua kakitangan Jabatan.

Galeri bergambar:

Sila layari laman foto album majlis ini di laman Facebook Jabatan.

 

Written by : shafiqfarhan