MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.3 TAHUN 2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.3 TAHUN 2024
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.3 TAHUN 2024
 
Auditorium JAKIM, Pusat Islam Putrajaya
14 Mac 2024 / 03 Ramadhan 1445
 
Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Bil.3 Tahun 2024 telah diadakan di Auditorium JAKIM, Pusat Islam Putrajaya.
 
Majlis telah disempurnakan dengan ucapan dan amanat oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Ketua Setiausaha NRES, Dr Ching Thoo a/l Kim turut memberikan aluan dalam majlis tersebut.
 
Turut hadir, YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri NRES, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) serta Ketua-Ketua Jabatan & Agensi dan Pegawai-pegawai kanan di bawah NRES.
 
Suatu slot bicara ilmu disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri bin Abdul Hamid, Pengarah Pengasas, International Institute of Science Diplomacy and Sustainability (IISDS) di UCSI University, Kuala Lumpur. Beliau telah berkongsi ilmu dan pandangan serta pengalaman dengan tajuk ‘Pengembaraan Seorang Alamiah ke Dunia Lestari – Dari Lokal ke Global’ dengan mengupas tentang alam sekitar, khususnya kepelbagaian biologi, perubahan iklim, pencemaran plastic dan SDG.
 
Slot sketsa bertema NR-REE dan MyGEMS sebelum sesi peluncuran keduanya telah memeriahkan suasana dan menjadikan suatu kelainan dalam perhimpunan bulanan ini. Di samping itu, Pelan Strategik Board of Geologist (BOG) juga telah diluncurkan dalam perhimpunan ini.
 
Reruai pameran dengan tema merakyatkan bidang mineral dan geosains juga telah menarik para tetamu yang hadir. Antaranya ialah reruai bagi menganalisa batu permata oleh kakitangan JMG, pelancongan di Negeri Selangor oleh Tourism Selangor serta proses berkaitan perlombongan NR-REE oleh MCRE Berhad.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my