PENCAPAIAN JMG DALAM ANUGERAH PEMBANGUNAN NEGARA 2023

PENCAPAIAN JMG DALAM ANUGERAH PEMBANGUNAN NEGARA 2023
PENCAPAIAN JMG DALAM ANUGERAH PEMBANGUNAN NEGARA 2023
 
⏳ 14 November 2023
📍 Hotel Le Meridian, Putrajaya
 
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah terpilih bagi menerima 'Anugerah Penilaian Outcome Projek Berprestasi Tinggi Mampan' oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
 
Projek 'Potensi Pembangunan Geopark untuk Pengekalan dan Pemuliharaan Sumber Semulajadi Negara’ telah dipilih sebagai penerima anugerah yang amat berprestij ini.
 
Projek ini dengan objektif :
 
'Mengenalpasti, menciri, menilai dan menaraf geotapak berpotensi sebagai sumber warisan geologi negara agar boleh dibangunkan sebagai Geopark Kebangsaan dan global (UNESCO)' telah menghasilkan outcome:
 
✅ 243 geotapak dikenalpasti
✅ 87,600 pelancong direkodkan di Jerai Geopark pada tahun 2022
✅ Peningkatan ekonomi dan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my