Program Komuniti Berimpak Tinggi Pengurangan Risiko Bencana (High Impact Community-Based Disaster Risk Reduction)

Program Komuniti Berimpak Tinggi Pengurangan Risiko Bencana (High Impact Community-Based Disaster Risk Reduction)

8/10/2018 - Program Komuniti Berimpak Tinggi Pengurangan Risiko Bencana (High Impact Community-Based Disaster Risk Reduction) telah diadakan di Kem Bina Negara, Kundasang pagi ini. Program ini dianjurkan oleh pihak JMG, NADMA, UTM KL dan Pejabat SUK Sabah bersama agensi-agensi Persekutuan dan Negeri. Ianya adalah selaras dengan komitmen Kerajaan di bawah Sendai Framework on Disaster Risk Reduction 2015-2030 dan UN Sustainable Development Goals (SDG).

Program ini akan berjalan selama seminggu bermula hari ini dan tamat pada 13 Oktober 2018 iaitu pada Hari Sedunia Pengurangan Risiko Bencana UNISDR (United Nations International Strategy for Disaster Reduction).

Empat (4) aktiviti akan diadakan sepanjang tempoh program iaitu

  1. Forum bersama Saintis (dalam dan luar negara)
  2. Projek Peta Bahaya Risiko Cerun (PBRC)
  3. Disaster Imagination Games (DIG) dan Town Watching
  4. Climate and Disaster Risk Index (CDRI)

Written by : shafiqfarhan