Siri VI: Program “Expert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): Sesi Libat Urus Bersama Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. [06/08]

Satu sesi libat urus telah diaturkan pada 18 Januari 2024 yang lalu melibatkan pegawai-pegawai kanan mineral JMG daripada seluruh Malaysia yang menjadi tunjang utama pembangunan industri mineral dan industri berasaskan mineral di negara ini. Sinergi ini dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Cawangan Ekonomi Mineral, Cawangan Penyelarasan Pelaksanaan Operasi, serta Timbalan-timbalan Pengarah (Lombong dan Kuari) daripada pejabat-pejabat JMG negeri seluruh Malaysia.
Sesi ini memfokuskan cabaran mengurus tadbir pembangunan mineral dan hala tuju dari perspektif dua negara iaitu Malaysia dan Kanada, serta perkongsian pengalaman semasa penglibatan pakar-pakar EDM-TA ini di peringkat antarabangsa. Sesi libat urus memperlihatkan ruang pandang dan maklum balas yang positif, lebih meluas dan konstruktif di antara kedua-dua pihak.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my