Siri VII: Program “Expert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): Sesi Libat Urus Bersama Kementerian Ekonomi [07/08]

Satu sesi libat urus bersama pihak Kementerian Ekonomi telah diadakan pada 19 Januari 2024 yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli diwakili oleh Pn Salina binti Muhamad Sali Luddin, En. Sobri bin Mohd Mansori, Puan Lee Chin Chin dan Puan Siti Nor Aishah binti Shaikh Abdul Hamid. Turut hadir bersama pegawai-pegawai daripada Unit Tekno Ekonomi dan Unit Lombong Kuari Ibu Pejabat JMG serta wakil dari Bahagian Mineral dan Geosains, NRES.

Industri pembangunan mineral di peringkat huluan dan industri pembuatan berasaskan mineral di peringkat hiliran merupakan salah satu penyumbang terpenting dalam rantaian ekonomi mineral negara. Oleh itu, perancangan hala tuju industri yang dirancang ini akan selari dengan perancangan pembangunan sosioekonomi negara termasuk memfokuskan kepada agenda kemampanan negara.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my