TAKLIMAT TENDER PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK (MST) KE ARAH PENGURUSAN SUMBER YANG MAMPAN

TAKLIMAT TENDER PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK (MST) KE ARAH PENGURUSAN SUMBER YANG MAMPAN
TAKLIMAT TENDER PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK (MST) KE ARAH PENGURUSAN SUMBER YANG MAMPAN
 
PUTRAJAYA, 22 Mac 2024 – Satu taklimat tender projek telah diadakan bagi Projek Kajian Potensi Mineral Strategik (MST) ke Arah Pengurusan Sumber yang Mampan iaitu bagi Komponen Mineral Berlogam (MBL) dan Komponen Mineral Perindustrian (MPI).
Projek ini akan dipecahkan kepada dua fasa. Fasa 1 memfokuskan kepada empat (4) negeri iaitu melibatkan Negeri Johor (RM6.5 juta), Perak (RM4.5 juta), Kedah (RM4.5 juta) dan Sabah (RM4.5 juta). Manakala untuk Fasa 2 akan melibatkan Negeri Kelantan dan Sarawak.
 
Objektif Projek MST ini adalah untuk menilai dan menentukan potensi sumber mineral strategik dan lain-lain di kawasan-kawasan anomali yang telah dikenal pasti dalam kajian terdahulu; mensempadankan kawasan berpotensi untuk diusahahasilkan sebagai kawasan yang perlu diberi keutamaan untuk pembangunan mineral; dan menyediakan data sumber mineral yang komprehensif, interaktif, lengkap dan bersepadu.
 
Semoga projek sumber mineral ini berjaya dilaksanakan dan dapat memberikan impak positif kepada pembangunan industri mineral negara.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my