MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI JMG BIL. 1/2018

MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI JMG BIL. 1/2018

PORT DICKSON, 28 Mac 2018 – Yang Berusaha Tuan Haji Zukeri Ab. Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mempengerusikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri Bil. 1/2018 yang diadakan di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri. Turut hadir adalah Tuan Haji Mohd Nazan bin Awang, Pengarah Cawangan Penyelarasan Perlaksanaan Operasi.

Dalam perutusannya, Hj Zukeri telah memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat berkenaan perancangan dan strategi yang telah disusun oleh Jabatan untuk tahun 2018. Di antaranya adalah perancangan penstrukturan semula jabatan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selain daripada itu beliau juga telah memaklumkan berkenaan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Bil. 1/2018 Mengenai Peraturan Waktu Makan/Minum Dan Mengurus Urusan Peribadi Dalam Waktu Pejabat. Pekeliling ini bertujuan untuk mendisiplinkan semua pegawai dan kakitangan JMG agar sentiasa mementingkan waktu bekerja rasmi dan tidak menjadikan urusan peribadi sebagai keutamaan yang akan menjadi halangan bagi orang awam mendapatkan perkhidmatan daripada JMG.

Bagi memanfaatkan kehadiran semua Pengarah JMG Negeri, sebanyak tiga taklimat dibentang untuk perhatian ahli mesyuarat. Taklimat berkenaan Pangkalan Data JMG disampaikan oleh Encik Mahisham Ibrahim. Perbincangan mengenai aktiviti blog JMG Negeri dan peranan blogger disampaikan oleh Encik Mohd Shafiq Farhan manakala aktiviti-aktiviti OSC di peringkat Pejabat JMG Negeri juga turut dibincangkan dengan diselaraskan oleh Dr Ferdaus Ahmad dan Encik Qalam A’zad bin Rosle.

 

Masalah Kekurangan Air Di Loji Rawatan Air Bakal Diatasi

Masalah Kekurangan Air Di Loji Rawatan Air Bakal Diatasi

Satu lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Merlimau, Melaka telah dilaksanakan oleh sepasukan terdiri daripada 17 orang pegawai geosains unit hidrogeologi Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri. Lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah Cawangan Penyelarasan dan Pelaksanaan Operasi (PPO) Ibu Pejabat JMG, Hj. Mohd Nazan bin Awang. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Ketua Projek bagi Kajian Sumber Air Tanah Untuk Mengatasi Loji Rawatan Air (LRA) Bermasalah, Hj Nurzaidi bin Abdullah dan Timbalan Pengarah JMG Pahang, Encik Wan Saiful bin Wan Mohamad serta pegawai-pegawai daripada Badan Kawal Selia Air Melaka dan Syarikat Air Melaka Berhad.

Baca selanjutnya