PEMERIKSAAN TEKNIKAL OPERASI PENGKUARIAN DI SEKITAR DAERAH TUARAN DAN DAERAH KOTA KINABALU

PEMERIKSAAN TEKNIKAL OPERASI PENGKUARIAN DI SEKITAR DAERAH TUARAN  DAN DAERAH KOTA KINABALU

KOTA KINABALU, SABAH (11 APRIL 2018) : RABU, Pihak Unit Pembangunan Lombong dan Kuari telah menjalankan pemeriksaan teknikal ke atas beberapa kawasan tapak kuari di sekitar Tamparuli, Tuaran dan Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu di sini. Pemeriksaan ini diketuai oleh Tuan Haji Nurul Huda bin Romli selaku Ketua Unit Lombong dan Kuari dan disertai oleh En. Mohd Shafreen bin Mad Isa, Pn. Rosita Tan, En. Arthur Leo dan En. Mohammad Azrol Bin Mohammad Hanaffi.

Dalam aktiviti pemeriksaan teknikal operasi kuari ini, operasi kuari-kuari diperiksa bagi mengenalpasti isu-isu yang berbangkit terutama yang melibatkan aspek teknikal (kaedah-kaedah) pengkuarian, keselamatan dan alam sekitar, seterusnya membolehkan tindakan-tindakan berkaitan dapat diambil seperti memberi arahan tindakan pencegahan dan pembaikan dan arahan pematuhan kepada perundangan yang berkaitan. Dalam pemeriksaan ini juga, tindakan proaktif telah dibuat bagi menyelesaikan isu-isu tertentu seperti menangani aduan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik sama ada daripada pihak kuari mahupun pihak awam.

Secara ringkasannya, lima (5) buah operasi kuari telah diperiksa dan pemeriksaan yang dijalankan tersebut selesai pada jam 5.15 petang.

 

Written by : SHAFREEN