KUNJUNGAN PEGAWAI-PEGAWAI JMG SABAH DAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL KE FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 KUNJUNGAN PEGAWAI-PEGAWAI JMG SABAH DAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL KE FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (17 APRIL 2018) : SELASA, kunjungan ke Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) , Universiti Malaysia Sabah telah diadakan di sini dengan disertai oleh 5 pegawai daripada Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ipoh, Perak dari Cawangan Teknologi Lombong dan Kuari dan Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari yang disertai oleh Tn. Hj. Kori bin Mohamad, Tn. Hj. Abdullah bin Hussin, En. Mohd Syahrir bin Mohd Rozi, Cik Norinsafrina bt Mustaffa Kamal dan Cik Fatihah bt Azmi. Turut bersama dalam kunjungan ini adalah Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli (Ketua Unit Lombong Kuari), En. Mohd Shafreen bin Mad Isa (Pegawai Geosains) dan En. Tengku Zainal Abidin bin Raja Jaafar (Penolong Pegawai Geosains). Kunjungan ini telah disambut oleh YBhg. Prof. Dr. Baba Musta (Dekan FSSA), YBhg. Prof. Dr. Felix Tongkul (Pengarah Institut Geobencana) serta pensyarah-pensyarah kanan dari Program Geologi dan Sains Alam Sekitaran.

Objektif kunjungan ini adalah bagi mengadakan perbincangan dua hala mengenai kajian-kajian yang pernah dijalankan berkenaan perawatan air berasid (AMD) dan pemulihan tanah bekas lombong, terutama sekali yang pernah dijalankan di kawasan bekas lombong tembaga Mamut, Ranau sebelum ini. Selain itu, kunjungan juga dibuat bagi mendapatkan gambaran berkaitan kajian kolum (column test). Kajian ini perlu dilaksanakan bagi nengenalpasti komponen kajian perawatan AMD pasif seperti nisbah bahan-bahan yang optima, kadar semalaman dan lain-lain, yang sebelum ini telah dijalankan di UMS sewaktu kajian bersama pihak Mine Reclamation Corporation dari Korea Selatan pada tahun 2012 - 2015 yang lepas. Selain itu juga, kunjungan ini membolehkan pertukaran pengetahuan dan pengalaman berkenaan bidang kajian yang berkenaan terutama sekali yang diberikan oleh Dr. Moh Pak Yan selaku Ketua Penyelidik bagi Unit Kajian Air.

Kunjungan ini mengucapkan penghargaan dan terima kasih terutama sekali kepada YBhg. Prof. Dr. Baba Musta serta keseluruhan pensyarah-pensyarah yang terlibat kerana sudi menerima kunjungan ini dan berkongsi pengalaman yang berguna. Kunjungan ini bermula pada jam 2.30 petang dan selesai pada jam 5.15 petang.

Written by : SHAFREEN