RANAU, SABAH (23 APRIL 2018) : ISNIN, Aktiviti Geologi Warisan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG) telah mengadakan satu lawatan tapak di beberapa kawasan Ranau pada 20hb. April hingga 22hb. April yang lepas.
Objektif lawatan ini adalah untuk mengenalpasti lokasi cadangan geotapak bagi "Aspirasi Geopark Kinabalu 2018".
Di antara lokasi-lokasi yang telah dilawati dan dikenalpasti adalah Kg. Bundu Tuhan Slate, Kg. Tudan(Tukad Gonipis), Kg. Rendagong Slate, Wariu Melange Perancangan, Kibbas Fault dan Rugading Hotspring, Ranau.
Ketua Unit Geosains, En. Paulius Godwin@Paulus telah mengetuai lawatan ini, En. Farid Zainudin (Ketua Aktivit Geologi Warisan), En. Mison Ajum (Pegawai Geosains) dan beberapa orang pembantu iaitu En. Malai Osman Malai Muhamad, En. Jolouis Supilin, En. Kassim Jusrin, En. Levy Mosungkai, En. Herorisan Paruka dan En. John Ingkangu.
http://blog.jmg.gov.my/integriti/2018-04-26-00-56-54#sigProId2a0701bdca