Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian antara JMG dan Geomapping Technology Sdn. Bhd. (GMT) bagi pelaksanaan Projek Perkhidmatan Pemetaan Geologi Terain Kawasan Cameron Highland, Pahang seluas 712 kilometer persegi telah diadakan pada 5/10/2018 bertempat di Ibu Pejabat JMG. Projek ini diantara usaha JMG dalam peringkat perancangan guna tanah negara dan penilaian risiko bencana geologi melalui aktiviti Geologi Kejuruteraan.
Majlis ini telah dihadiri oleh Y.Bhg Datuk Shahar Effendi A Azizi,Ketua Pengarah JMG, Pengurus dan Pengarah GMT Sdn. Bhd. Abd Rasid Jaapar & Datuk Zakaria, Timb. Pengarah Unit PGS JMG HQ, En Zamri Ramli, Dr Ferdaus BPT, Ipoh. Wakil PPO JMG HQ, Mazlan Zain Unit PGS JMG HQ, Muhammad Mustadza Mazni dan wakil UTM, Dr Khamarrul Azahari juga lain-lain wakil. Semoga hasil projek ini akan dimanfaatkan kepada pihak berkepentingan dan agensi teknikal yang terlibat.
http://blog.jmg.gov.my/integriti/2018-10-09-02-24-08#sigProIdb5307d1498