MELAKA (07 OGOS 2019): RABU, Satu symposium yang bertajuk 2019 International Symposium on Soft Ground Improvement (Geotropik – Sogi 2019) – “Against all Odds” telah berlangsung pada 05 Ogos 2019 hingga 06 Ogos 2019 di Ramada Plaza, Melaka Bandar Bersejarah.
Dalam symposium ini JMG Sabah tidak ketinggalan untuk menghantar beberapa orang pegawai untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Mereka yang hadir adalah Pengarah JMG Sabah sendiri En. Mohd. Yusop bin Ramli, En. Paulius Godwin, Dr. Frederick F. Tating, Pn. Jenneth Cyril, En. Bailon Golutin, En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee dan En. Redzuan bin Ahmad Banjar.
Program Symposium ini telah dilaksanakan oleh tiga pihak yang bekerjasama bagi menjayakan program symposium ini. Tiga pihak tersebut adalah Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Himpunan Ahli Teknik Tanah Indonesia. Program ini juga telah mendapat tajaan daripada beberapa pihak dan antaranya adalah Bauer, Geotekindo, Selia Group, AHN Vertex, Nippon Steel dan Recess Malaysia.
Sumber maklumat dan sumber foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee
http://blog.jmg.gov.my/integriti/2019-international-symposium-on-soft-ground-improvement#sigProId3a879eaf45