Phnom Penh, 22 November 2023 β Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menghadiri 9th Asean Ministerial Meeting on Minerals (9th AMMIN), 23rd Asean Senior Officials Meeting on Minerals (ASOMM) and Its Associated Meetings/Events di Phnom Penh, Cambodia pada 21 hingga 24 November 2023. Delegasi Malaysia dihadiri oleh 7 orang pegawai yang diketuai oleh Tn. Hj. Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, Setiauasaha Bahagian Mineral dan Geosains bersama Tn. Hj. Kamarudan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan En. Yusari Basiran, Pengarah Ekonomi Mineral. Semoga kolaborasi ASEAN ini akan merancakkan lagi ekonomi industri mineral di rantau ini.
πππππππππ ππππππππ πππππ ππππππππ πππππππ πππ ππππππππππππ πππππππ πππππππ πππ ππππππππ ππππππππ (πππ) πππ.π/ππππ
πππππππππ ππππππππ πππππ ππππππππ πππππππ πππ
ππππππππππππ πππππππ πππππππ πππ ππππππππ ππππππππ (πππ) πππ.π/ππππ
Β
Pihak Unit Perancangan Geosains (PGS), Cawangan Perancangan dan Pengurusan Ibu Pejabat JMG telah mengadakan mesyuarat berikut pada 21 β 23 November 2023 (Selasa β Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Garnet, Aras 8, Ibu Pejabat JMG.
Kunjungan Deligasi daripada Oman Industrial Innovation Academy (IIA) Earth Sciences Consultancy Centre (ESCC)
MERU, 21 November 2023 β Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG mengalu-alukan kedatangan deligasi daripada Oman Industrial Innovation Academy (IIA) Earth Sciences Consultancy Centre (ESCC) untuk lawatan ke Guocera Tile Industries Sdn. Bhd. di Meru, Klang. Lawatan ini yang diketuai oleh JMG Cawangan Ekonomi Mineral bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Selangor/W. Persekutuan yang dimulakan dengan pengenalan dan taklimat oleh pihak Guocera berkenaan bahan mineral yang digunakan, proses pembuatan sehingga penghasilan produk akhir iaitu jubin yang berkualiti tinggi. Diharapkan sinergi daripada dua negara ini memberi impak yang positif terhadap industri mineral negara pada masa akan datang.
PENCAPAIAN JMG DALAM ANUGERAH PEMBANGUNAN NEGARA 2023
PENCAPAIAN JMG DALAM ANUGERAH PEMBANGUNAN NEGARA 2023
Β
14 November 2023
Hotel Le Meridian, Putrajaya
Β
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah terpilih bagi menerima 'Anugerah Penilaian Outcome Projek Berprestasi Tinggi Mampan' oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Β
Projek 'Potensi Pembangunan Geopark untuk Pengekalan dan Pemuliharaan Sumber Semulajadi Negaraβ telah dipilih sebagai penerima anugerah yang amat berprestij ini.
Β
Projek ini dengan objektif :
Β
'Mengenalpasti, menciri, menilai dan menaraf geotapak berpotensi sebagai sumber warisan geologi negara agar boleh dibangunkan sebagai Geopark Kebangsaan dan global (UNESCO)' telah menghasilkan outcome:
Β
243 geotapak dikenalpasti
87,600 pelancong direkodkan di Jerai Geopark pada tahun 2022
Peningkatan ekonomi dan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat
PROJEK PENGHASILAN MODEL GEOLOGI 3 DIMENSI SUBPERMUKAAN BAGI KAWASAN GREATER KUALA LUMPUR DI NEGERI SELANGOR
PROJEK PENGHASILAN MODEL GEOLOGI 3 DIMENSI SUBPERMUKAAN BAGI KAWASAN GREATER KUALA LUMPUR DI NEGERI SELANGOR
Β
Pembentangan projek telah diadakan di Ibu Pejabat JMG pada hari ini, 10hb oleh P. Geol. Encik Mohammad Ramzanee bin Mohd Noh, Penolong Pengarah, Aktiviti Geologi Kejuruteraan, JMG Selangor/Wilayah Persekutuan.