36th NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE 7-9th NOVEMBER 2023

36th NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE 7-9th NOVEMBER 2023
Field Excursion: National Geoscience Conference 2023 lead by JMG Selangor
 
⭐️ Lokaliti 1: Tapak Bencana Geologi Taman Bukit Permai
⭐️ Lokaliti 2: Komuniti Sedar Bencana Geologi Bukit Antarabangsa
⭐️Lokaliti 3: Geotapak Batu Arang Gombak Hulu Langat Geopark
⭐️ Lokaliti 4: Tapak Sand Mining KSSB, Bestari Jaya
 
Wakil Ibu Pejabat turut hadir membantu menjayakan lawatan tapak lokaliti. 

36th NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE 7-9th NOVEMBER 2023

36th NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE 7-9th NOVEMBER 2023
Persidangan Geosains Kebangsaan Kali ke-36 hari ke-2 pada 8 November 2023 bertempat di The Everly, Putrajaya.
 
Semasa majlis penutupan terdapat beberapa penyampaian hadiah untuk persembahan terbaik NGC 2023 & hadiah pelajar terbaik GSM.
 
Penyampaian Majlis Penutupan Persidangan telah disempurnakan oleh YBrs. P.Geol. Dr. Abdullah bin Sulaiman F.I.G.M, Timbalan Ketua Pengarah (KEM) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Lawatan Teknikal ke Lombong Rahman Hydralulic Tin Sdn Bhd (RHT) Klian Intan, Pengkalan Hulu

Lawatan Teknikal ke Lombong Rahman Hydralulic Tin Sdn Bhd (RHT) Klian Intan, Pengkalan Hulu
IPOH, 02 November – Satu program lawatan teknikal ke Lombong Rahman Hydralulic Tin Sdn Bhd (RHT) Klian Intan, Pengkalan Hulu telah dilaksanakan pada 02 November 2023.
 
Lawatan diketuai oleh Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral (CEM) Ibu Pejabat JMG, En. Yusari bin Basiran, serta Ketua Unit Perhubungan Industri CEM, En. Zamzuri bin Ghazalee, En. Abdul Hadi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Selangor/W.P, Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Perak, En. Mahat Sibon, Penolong Pengarah Kanan JMG Kedah/Perlis/P.P, En. Fakhruddin Afif bin Fauzi, Penolong Pengarah En. Muhammad Azman bin Aseri dan kakitangan JMG Perak. Pihak Pengurusan Rahman Hydraullic Tin Sdn Berhad diketuai oleh Pengurus Besar Kanan, En. Madzlan Zam dan En. Mohammad Nazri Tamby.
 
Sesi perbincangan dan perkongsian maklumat serta meneroka kerjasama bagi pengumpulan baseline data bagi penerokaan sumber mineral strategik baru seperti indium, germanium selain potensi unsur nadir bumi (ree) dari batuan metasedimen yang berasosiasi bijih timah telah dirintis bersama. Semoga peluang dan ruang yang terbuka luas dapat membantu kedua-dua pihak dalam penerokaan sumber mineral baru di masa hadapan.

PERSIDANGAN GEOSAINS KEBANGSAAN KALI KE-36 (NGC '23)

PERSIDANGAN GEOSAINS KEBANGSAAN KALI KE-36 (NGC '23)
PERSIDANGAN GEOSAINS KEBANGSAAN KALI KE-36 (NGC '23)
 
Upacara perasmian NGC ‘23 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG.
 
YBrs. P. Geol. Prof. Madya Dr. Mohd Hariri bin Arifin
Presiden, Persatuan Geologi Malaysia merangkap Penganjur NGC 2023 menyampaikan ucapan alu-aluan.
 
Persidangan Geosains Kebangsaan Kali ke-36 pada 7 November 2023 bertempat di The Everly, Putrajaya.