BENGKEL PELAN STRATEGIK SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS JMG (MyGEMS) FASA 2

BENGKEL PELAN STRATEGIK SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS JMG (MyGEMS) FASA 2

BENGKEL PELAN STRATEGIK SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS JMG (MyGEMS) FASA 2

Bengkel telah jayanya diadakan bermula pada 15 hingga 16 Ogos 2024 bertempat di Double Tree Hotel Melaka.
Aktiviti tersebut diadakan bertujuan untuk membincang dan menghasilkan deraf bagi pemerkasaan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Fasa 2 RMKe-13.

Mesyuarat Kumpulan Kerja Penyiasatan Geologi Sempadan Malaysia - Thailand yang ke - 39 (39th Malaysia - Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting)

Mesyuarat Kumpulan Kerja Penyiasatan Geologi Sempadan Malaysia - Thailand yang ke - 39 (39th Malaysia - Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting) & Mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan Geologi Sempadan Malaysia Thailand yang ke-21 (21st Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee Meeting, MT-JGSC) telah berlangsung dari 13 - 14 Ogos 2024 di Alor Setar, Kedah. Mesyuarat telah dihadiri oleh pegawai – pegawai dari kedua-dua buah negara.
 
Bagi pihak Malaysia, pegawai-pegawai terlibat adalah dari NRES, UKM, Ibupejabat JMG, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Terengganu. Mesyuarat MT-JGSC ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Datuk P. Geol. Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG dan Mr. Suvapak Imsamut, Deputy Director General, Department of Mineral Resources Thailand (DMR).
 
Mesyuarat telah membincangkan kerjasama teknikal dalam bidang mineral dan geosains bagi tempoh 2022 - 2026. Kerjasama saintifik ini melibatkan kajian dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam bidang geologi, stratigrafi, paleontologi, struktur geologi, geologi bencana dan geologi warisan serta bidang geologi lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

PEMURNIAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MINGEOGIS @ MyGEMS) - KLUSTER AIR BAWAH TANAH

Pemurnian data telah jayanya diadakan bermula pada 12 hingga 15 Ogos 2024 bertempat di Avillion Hotel Port Dickson.
Aktiviti tersebut diadakan bertujuan untuk pemurnian dan pengayaan data Air Bawah Tanah negara di dalam Sistem MINGEOGIS bagi memastikan data diselaraskan dan seragam untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan konsistensi data.

SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA KITS CORPORATION KOREA

SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA KITS CORPORATION KOREA
SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA KITS CORPORATION KOREA
 
PUTRAJAYA, 12 OGOS 2024 (ISNIN) – Satu sesi perbincangan telah dianjurkan oleh Cawangan Ekonomi Mineral antara JMG dan KITS Corporation Korea yang telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Yusari Bin Basiran, Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral, JMG Malaysia di Ibu Pejabat JMG. JMG berasa berbesar hati menyambut kehadiran delegasi daripada KITS Corporation Korea ke sesi ini bagi meneroka peluang kerjasama dalam Industri Mineral serta memajukan pengetahuan dan inovasi dalam industri mineral yang terlibat terutamanya industri nadir bumi (REE) Negara.
 
Sesi ini turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Bahagian Mineral dan Geosains, NRES serta pegawai-pegawai dari JMG negeri yang memberi peluang untuk bertukar idea, berkongsi pandangan tentang teknologi terkini dalam perlombongan dan pemprosesan nadir bumi yang penting dalam merangka Dasar Nadir Bumi Malaysia.
 
Malaysia berhasrat untuk melangkaui sekadar pengeluaran dan eksport bahan mentah. Justeru itu, Industri REE di Malaysia bersedia untuk memperluas dan meningkatkan keupayaannya termasuk pembangunan infrastruktur dan dasar yang menyokong setiap peringkat proses pengeluaran REE dari peringkat huluan, pertengahan, hingga ke hiliran dengan tumpuan kepada pembangunan rantaian nilai yang menyeluruh.

SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA AKADEMI SAINS CHINA

SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA AKADEMI SAINS CHINA
SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA AKADEMI SAINS CHINA
 
PUTRAJAYA, 9 OGOS 2024 (JUMAAT) – Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Akademi Sains China di Ibu Pejabat JMG. Sesi perbincangan yang dianjurkan oleh Cawangan Ekonomi Mineral ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk P.Geol Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Akademi Sains China dan Profesor Jiang Biao, seorang pakar mineralogi dari Akademi Sains China.
 
Sesi ini turut dihadiri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) serta pegawai sumber mineral dari JMG negeri.
Pertemuan ini membincangkan mengenai potensi kerjasama antara Malaysia dan China dalam pembangunan Industri Nadir Bumi (REE) Negara. Sesi ini turut memberi pendedahan kepada pegawai JMG berkaitan teknologi terkini dalam perlombongan dan pemprosesan REE. Pengetahuan yang dikongsi semasa mesyuarat ini akan memainkan peranan penting dalam pembangunan Dasar REE Malaysia bagi memastikan negara kekal di hadapan dalam industri mineral kritikal ini.