Iskandar Puteri, 19 Mac 2024 - Mesyuarat Teknikal Pasca Banjir di Taman Negara Johor (TNJ) Endau-Rompin telah diadakan di pejabat Perbadanan Taman Negara Johor, Iskandar Puteri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Taufik b. Bahar Pengarah PBNJ dan dihadiri oleh wakil agensi teknikal seperti JMG, JKR ,UTM, UTHM, Pegawai Daerah Mersing dan Pegawai Daerah Segamat.
KUNJUNG HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT DATO' SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR
Iskandar Puteri, 11 Mac 2024 - YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor berkunjunghormat ke institusi tertinggi kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Bin Rohani.
SESI LAWATAN TAPAK DI SEKITAR KAWASAN KAMPUNG PETA, JOHOR DAN TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU - ROMPIN ( PETA )
Johor Endau-Rompin, Kampung Peta, 06 Mac 2024 - JMG Johor telah membuat satu tinjauan tapak bersama Tok Batin Kampung Peta untuk mengesahkan lokasi pembinaan telaga eksplorasi bagi projek ECER. Pada masa yang sama, JMG juga berkesempatan melihat kesan bencana geologi yang berlaku di kawasan Taman Negara Johor Endau Rompin (Peta). Tinjauan ini dibuat bersama pihak Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).
KERJA LAPANGAN HIDROGEOLOGI DI KAWASAN PULAU SIBU DAN PULAU TINGGI , MERSING, JOHOR
Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, Mersing, 27 - 29 Februari 2024 – Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Johor (JMG) bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Pejabat Kesihatan Daerah Mersing telah menjalankan satu kerja lapangan hidrogeologi di Klinik Kesihatan Pulau Sibu dan Klinik Kesihatan Pulau Tinggi pada 27 hingga 29 Februari 2024 yang lalu.
KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT PENGARAH PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR
Johor Bahru, 03 Mac 2024 – Tuan Pengarah Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin berkesempatan berkunjunghormat ke rakan sejawat Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (En. Taufik bin Bahar) di pejabat beliau di Kota Iskandar. Pertemuan ini turut disertai oleh En Muhammad Syahmi bin Mohamad, Penolong Pengarah Geosains.