MESYUARAT NAIK TARAF SISTEM BEKALAN AIR DI FASILITI KLINIK KESIHATAN
Johor Bahru, 22 Februari 2024 – Mesyuarat Naik Taraf Sistem Bekalan Air di Fasiliti Klinik Kesihatan yang dikenalpasti di Klinik Desa Pulau Tinggi dan Klinik Desa Pulau Sibu, Mersing Johor. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin dan turut serta juga ialah wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Johor. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru JMG Johor.
Sumbangan artikel : FB jmgjohor
KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI JOHOR (StatsMalaysia) DAN JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) NEGERI JOHOR
Johor Bahru, 21 Februari 2024 – StatsMalaysia atau Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai maklumat statistik termasuk dalam bidang ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar yang digunakan sebagai input dalam pembentukan pelaksanaan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara.
KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT PERHUTANAN NEGERI JOHOR
Kota Iskandar, 20 Februari 2024 – Tuan Pengarah JMG Johor Tuan Haji Noorazhar bi Ngatimin bersama En Norhazidi bin Masrom (Penolong Pengarah Kanan) berkesempatan berkunjung hormat rakan sejawatnya Pengarah Perhutanan Negeri Johor, Dato’ Haji Salim bin Aman di pejabat beliau di Kota Iskandar.
KURSUS e-PEROLEHAN MODUL SEBUTHARGA DAN TENDER
Johor Bahru, 19 Februari 2023 - Kursus e-Perolehan Modul Sebutharga dan Tender kepada Pegawai dan kakitangan JMG Johor bagi tujuan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mengenai proses sebutharga Jabatan menggunakan sistem ePerolehan telah berjaya diadakan bertempat di Bilik Makmal Komputer (Lab A), Menara TH tingkat 11 Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor.