Muar, 4 Oktober 2016 - Jabatan menerima panggilan telefon dari Jabatan Alam Sekitar Johor bagi mengaktifkan telaga di Paya Kopi, Pagoh berikutan berlakunya kebakaran tanah gambut di sana.
PELANCARAN TELAGA AIR BAWAH TANAH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS JOHOR DI KG GEMBUT, SEDILI, KOTA TINGGI
Kota Tinggi, 26 Oktober 2016 - Program Pelancaran Sumber Air Bawah Tanah di Kampung Gembut Sedili telah disempurnakan pelancarannya oleh YB ADUN Sedili Tn Hj Rasman bin Hj Ithnain. Hasil kajian oleh Jabatan Mineral dan Geosains Johor menunjukkan bahawa kawasan Kg Gembut mempunyai potensi sumber air bawah tanah yang boleh menampung keperluan air setempat. Turut hadir ialah wakil dari Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), Syarikat Air Johor (SAJ), Guru Besar SK Kg Gembut, Ketua Kampung Kg Gembut dan kampung-kampung sekitar serta penduduk Kg Gembut.
PAMERAN AIR BAWAH TANAH SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2016
Johor Bahru, 21 Oktober 2016 - JMG Johor telah menyertai pameran sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HSAN) Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2016 di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Negeri Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.
KURSUS HIDROGEOLOGI (UJIAN PENGEPAMAN) TELAGA AIR BAWAH TANAH DI KAMPUNG GEMBUT, SEDILI, KOTA TINGGI
Kota Tinggi, 27 Oktober 2016 - Kursus hidrogeologi khusus berkenaan pendedahan kerja-kerja ujian pengepaman telaga air bawah tanah telah diadakan di Kampung Gembut, Sedili, Kota Tinggi untuk kakitangan JMG Johor.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2016
Johor Bahru, 29 September 2016 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2016 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 6/2016 dan untuk rujukan dan makluman semua.