Tangkak, 16 Jun 2017 - Tiga kakitangan telah mewakili JMG Johor dalam Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Hari Raya dan Iftar 1NRE Zon Selatan oleh Y.B. Datuk Ir. Dr. Haji Hamim Bin Samuri di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang.
Disamping Agensi-Agensi NRE Zon Selatan, turut terlibat dalam majlis ini ialah komuniti tempatan antaranya warga miskin & anak-anak yatim, jabatan-jabatan kerajaan Daerah Tangkak & Muar, PBT, Jawatankuasa masjid & surau setempat, UMNO dan penduduk sekitar.
Turut hadir juga ialah pegawai-pegawai kanan NRE dan Agensi-Agensi Pusat (Ibu Pejabat) dibawah NRE. Pegawai kanan JMG yang hadir ialah En. Kamal bin Daril (TKP) dan En. Mohd Badzran bin Mat Taib (Pengarah JMG Negeri Sembilan/Melaka).
Dalam majlis tersebut turut diadakan Sambutan Hari Lahir Y.B. Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri yang jatuh pada tanggal 13 Jun lalu.
http://blog.jmg.gov.my/integriti/jmg-di-majlis-tadarus-khatam-al-quran,-penyampaian-sumbangan-hari-raya-dan-iftar-1nre-zon-selatan#sigProId30a2069114