Kota Tinggi, 13 - 15 Ogos 2023 - Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Cawangan Johor dengan kerjasama Koperasi Sinar Tanjung Balau (KSTB) telah mengadakan satu program iaitu “TOWARDS GEOTOURISM: BENGKEL PENGENALAN GEOPELANCONGAN DI KOTA TINGGI, JOHOR” sebagai satu bentuk inisiatif yang diketengahkan bagi memperkasa keupayaan komuniti dalam membangun dan mengurus produk-produk Geopelancongan di Kota Tinggi, Johor.
BENGKEL KICK-OFF BUSINESS LICENCING ELECTRONIC SUPPORT SYSTEM ( BLESS )
Johor Bahru, 15 Ogos 2023 - JMG Johor telah mengadakan satu "Bengkel Kick-Off Business Licencing Electronic Support System ( BLESS ) untuk permohonan Surat Kelulusan Skim Kuari ( SKSK ) dan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong ( SKSPM )".
SESI LIBAT URUS AGENSI BERKEPENTINGAN "PEMBANGUNAN GEOTAPAK BUKIT PAYUNG, BATU PAHAT, JOHOR UNTUK PRODUK GEOPELANCONGAN"
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2023 JMG JOHOR
Johor Bahru, 31 Julai 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2023 JMG Johor dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh En. Sivalingam a/l Krishnan diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohammad Saufee b. Sehat dan bacaan ikrar oleh En. Md Aris b. Md Esa. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan sesi pengenalan kepada pelajar industri dari Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia yang akan menjalani latihan selama 6 bulan.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan taklimat daripada Dr Sia Say Gee berkenaan "Enrichment of Arsenic, Lead, and Antimony in Balingan Coal from Sarawak, Malaysia: Modes of Occurence, Origin, and Partitioning Behaviour during Coal Combustion".
Sumbangan artikel : En. Asrul Sani b. Abdullah
LATIHAN E-STAR DETONATOR DI JMG JOHOR
Johor Bahru, 20 Jun 2023 – JMG Johor telah menganjurkan satu latihan E-Star Detonator daripada Syarikat Austin Powder di JMG Johor. Latihan tersebut bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Latihan telah dipengerusikan oleh Encik Hairul b. Mohamed Shaharudin dan dihadiri oleh wakil daripada pihak syarikat lombong dan kuari di negeri Johor.