PROGRAM PEMANTAPAN AKRAB ZON MALAYSIA TIMUR, KEMENTERIAN AIR,TANAH DAN SUMBER ASLI

PROGRAM PEMANTAPAN AKRAB ZON MALAYSIA TIMUR, KEMENTERIAN AIR,TANAH DAN SUMBER ASLI

Kota Kinabalu, 7 - 9 Ogos 2019 : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah mengadakan Program Pemantapan AKRAB Zon Malaysia Timur bertempat Bilik Seminar Terengganu, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah.

Program ini diadakan adalah bagi memberi pemahaman yang lebih jelas kepada ahli AKRAB mengenai fungsi dan peranan mereka di Jabatan/Agensi masing-masing dan mewujudkan jalinan antara ahli AKRAB Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli di samping mengembangkan kemahiran bimbingan ahli AKRAB bagi membantu pelaksanaan pengurusan sumber manusia yang lebih pantas dan berkesan.

Jabatan/Agensi yang hadir adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), JUPEM, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan JMG Malaysia. Manakala, seramai 9 orang kakitangan JMG Sabah telah berkesempatan mengikuti kursus tersebut. JMG Sabah juga telah diberi kepercayaan untuk turut membantu sebagai urusetia program.

7hb 1

7hb 2

8hb 1

8hb 2

9hb

PROGRAM TRAVELOG PSIKOLOGI DAN KURSUS PEMANTAPAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) ZON MALAYSIA TIMUR, KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI

PROGRAM TRAVELOG PSIKOLOGI DAN KURSUS PEMANTAPAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) ZON MALAYSIA TIMUR, KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI

Kota Kinabalu, 6 Ogos 2019 : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah mengadakan Program Travelog Psikologi dan Kursus Pemantapan AKRAB Zon Malaysia Timur bertempat Auditorium, Tingkat 11, Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

Objektif utama penganjuran program adalah untuk meningkatkan kesedaran diri tentang kepentingan bekerjasama bagi merealisasikan aspirasi kerajaan demi perkhidmatan awam yang lebih cemerlang serta mencapai budaya kerja kelas pertama.

Jabatan/Agensi yang dijemput hadir adalah FRIM, NAHRIM, JPS Malaysia, PERHILITAN, JMG Malaysia, JKPTG, JUPEM, JPP, INSTUN dan BBAL. JMG Sabah juga telah diberi kepercayaan untuk turut membantu sebagai urusetia program tersebut.

DSC 0320

DSC 0320

DSC 0320

DSC 0320

DSC 0320

DSC 0320

DSC 0320

DSC 0320

 

 

 

 

 

 

 

MESYUARAT PEMURNIAN LAPORAN PENILAIAN SUMBER BAUKSIT RMK-11.

MESYUARAT PEMURNIAN LAPORAN PENILAIAN SUMBER BAUKSIT RMK-11.

KOTA KINABALU, SABAH (25 Julai 2019) JUMAAT : Satu Mesyuarat Pemurnian Laporan Sumber Bauksit RMKe-11 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, JMG Sabah. Mesyuarat ini telah bermula pada 23hb Julai 2019 hingga 25hb Julai 2019. Pengerusi mesyuarat adalah En.Hamdan Arifin selaku Ketua Projek Mineral Perindustrian.

    Pegawai yang telah hadir dalam mesyuarat ini adalah En. Farid Zainudin dan Pn. Jayawati (JMG Sabah), En. Japri (JMG Sarawak), En. Khairul Zaman (JMG Johor), En. Shari Ismail dan En. Yusof Imbun (JMG Pahang), En. Abdul Hadi Abd. Rahman dan En. Anasrullah (JMG Selangor), dan Pn. Noran Nabila (JMG Negeri Sembilan). Turut dijemput hadir dalam mesyuarat kali ini adalah En. Abdul Rahim Harun (Unit Cawangan PPO)

Baca selanjutnya

Lawatan Rombongan Pejabat Hasil Bumi ke Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah

Lawatan Rombongan Pejabat Hasil Bumi ke Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah

KOTA KINABALU, SABAH (9 Julai 2019) : JMG Sabah pada hari ini telah dikunjungi buat pertama kalinya oleh Jabatan Hasil Bumi Sabah. Rombongan diketuai oleh En. Mohd Jasmin Bin Julpin (Setiausaha Hasil Bumi), En. Ramlan Bin Mohammad (Timb Setiausaha Hasil Bumi), En. Stephen Moligan (Ketua Penolong Setiausaha Unit Galian), En. Syed Ridzuan Sharif Sihan Assegaf (Pen. Pegawai Tadbir Unit Tanah).

Baca selanjutnya

Lawatan Tapak Kajian Impak Projek Pembinaan & Menaiktaraf Infrastruktur Bagi Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Yang Sering Terbakar Untuk Mengatasi Jerebu

Lawatan Tapak Kajian Impak Projek Pembinaan & Menaiktaraf Infrastruktur Bagi Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Yang Sering Terbakar Untuk Mengatasi Jerebu

BEAUFORT, SABAH (15 - 16 Julai 2019) : Bagi memastikan keberkesanan pengawalan dan pencegahan kebakaaran tanah gambut, satu lawatan tapak telah dijalankan bersama antara agensi terlibat iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah (JMG), Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) dan Pakar Perunding yang dilantik, Global Environment Centre (GEC).

Baca selanjutnya