Majlis Perasmian Sistem Telaga Kg. Piasau, Kota Belud

Majlis Perasmian Sistem Telaga Kg. Piasau, Kota Belud

KOTA BELUD, SABAH (22 Jun 2019) : Sabtu, 8.00 pagi

Majlis Perasmian Sistem Telaga yang dianjurkan oleh JMG Sabah dan dengan usahasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Piasau telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, P.G.D.K, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap ADUN N7 Kadamaian. Majlis yang turut dihadiri kiri-kira 1000 orang penduduk kampung juga disertai oleh Pengerusi MPKK, Penolong Pegawai Daerah, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri dan Badan-badan berkanun

Baca selanjutnya

TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN PERANCANGAN KERJALAPANGAN KERJASAMA EKSPLORASI CBM NEGARA OLEH JMG-PETRONAS DI DARATAN SABAH

TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN PERANCANGAN KERJALAPANGAN KERJASAMA EKSPLORASI CBM NEGARA OLEH JMG-PETRONAS DI DARATAN SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (20 JUN 2019) : KHAMIS, Satu taklimat dan Perbincangan kerjalapangan kerjasama eksplorasi CBM Negara oleh JMG-PETRONAS di daratan Sabah telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JMG Sabah. Taklimat ini telah bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Ketua rombongan daripada PETRONAS adalah En. Amiruddin Mansor selaku General Manager, Basin Strategy & Management Resource Exploration Malaysia Petroleum Management dan turut hadir beberapa kakitangan daripada PETRONAS dalam sesi taklimat ini.

Baca selanjutnya

PERBINCANGAN POTENSI MINERAL DI ANTARA JMG SABAH DAN ARAS KUASA SDN BHD.

PERBINCANGAN POTENSI MINERAL DI ANTARA JMG SABAH DAN ARAS KUASA SDN BHD.

KOTA KINABALU, SABAH (24 MEI 2019): JUMAAT, Satu perbincangan diantara JMG Sabah dan Aras Kuasa Sdn. Bhd. Telah diadakan di Bilik Mesyuarat Chromite, Tingkat 3, Blok Jesselton. Aras Kuasa Sdn Berhad telah menghantar seramai tiga orang bagi membincangan potensi mineral.

Antara kandungan perbincangan antara JMG Sabah dan Syarikat Aras Kuasa Sdn. Bhd adalah lokasi-lokasi di mana ada potensi mineral, jenis-jenis mineral yang boleh diusahakan di negeri Sabah dan Prosedur-prosedur permohonan permit carigali.

JMG Sabah diwakili oleh Pengarah sendiri selaku pengerusi pada perbincangan tersebut (En. Mohd. Yusop bin Ramli), En. Paulus Godwin (Timbalan Pengarah), En. Webster Wong Vui Chung dan Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi.

Sumber maklumat dan foto : Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi