SELAMAT TAHUN BARU 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019

KOTA KINABALU, SABAH (01 JANUARI 2019) - SELASA Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah ingin mengucapkan Selamat Hari Natal buat semua warga JMG Sabah khasnya dan JMG Malaysia amnya yang merayakannya. Juga ucapan Selamat Tahun Baru 2019 daripada semua warga JMG Sabah buat semua JMG di seluruh Malaysia, dengan harapan semoga tahun 2019 ini semua warga JMG dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik di mata masyarakat Malaysia dan dunia.

"SELAMAT TAHUN BARU 2019"

BERKUNJUNG KE BUMI KENYALANG DEMI MENINGKATKAN KEFAHAMAN DALAM EKSPLORASI ARANG BATU DAN CBM.

BERKUNJUNG KE BUMI KENYALANG DEMI MENINGKATKAN KEFAHAMAN DALAM EKSPLORASI ARANG BATU DAN CBM.

KUCHING, SARAWAK (25 - 26 OKTOBER 2018) : Bagi meningkatkan kefahaman dalam eksplorasi arang batu dan CBM dalam aspek analisa makmal agar pengetahuan seumpama lebih menyeluruh dan berkesan, seramai 6 orang kakitangan JMG Sabah telah berkunjung ke bumi kenyalang. Kakitangan JMG Sabah yang dimaksudkan adalah En. Webster Wong (ketua kumpulan), En. Fredolin James Javino (Alam Sekitar). En. Dee Dee Daulip (coal exploration), En. Mazuan B. Roslan (coal exploration), En. Aidil B. Arnolous (Mine section) dan En. Richard Clemen (coal exploration). 

Baca selanjutnya

MESYUARAT KEMAJUAN TEKNIKAL DAN FIZIKAL AIRTANAH 2018

MESYUARAT KEMAJUAN TEKNIKAL DAN FIZIKAL AIRTANAH 2018

TAWAU, SABAH (17 - 19 Oktober 2018) : Bagi memastikan pencapaian optimum dalam bidang Hidrogeologi, satu Mesyuarat Kemajuan Teknikal dan Fizikal Airtanah 2018 telah dijalankan bertempat di Belmont Marco Polo Hotel. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Mohd. Zukeri bin Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) juga disertai oleh Tuan Hj. Mohd. Nazan bin Awang, Pengarah, Cawangan Penyelarasan dan Operasi (PPO). Pakar-pakar Hidrogeologi, Ketua-ketua Projek BAT, RAT, Rezab, NAWAB, Gambut, LRA, Malindo dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam projek Hidrogeologi seluruh JMG telah dihimpunkan selama 2 hari bagi membincangkan kemajuan teknikal dan fizikal airtanah 2018.

Baca selanjutnya